Saturday 30 March 2013

rahsia ini telah lama aku pendamkan..


...Tiba masanya segala2nya kuceritakan.. ecewah.. 
suara kumbangku berkumandang utk kesekian kalinya..

serabut dengan thesis writing ni aku terkenang someone.

benda ni berenang2 dlm otak aku lately.

sebab dia ada cerita hidup yg lagi osem dari tetralogi laskar pelangi.

aku pun xterbayang camana dia boleh harung suma masalah sepanjang hidup tanpa merungut. 

TANPA MERUNGUT.. 

sambil asik dok ulang ALLAH tu Maha Adil, Maha penyayang, Maha tahu apa yg DIA rencanakan. kita kena terima semua dengan redha. REDHA..yg ikhlas xmerungut @ mengeluh..

dulu serius aku xfaham. apa maksud redha yg sebetul2nya?

Camana dia boleh bersangka baik sampai macam tu skali??

xkan xde rasa sedih kot..

sedangkan dia da hilang mak masa tingkatan 1,,terpaksa berenti skolah jaga adik2

kerja kat rumah orang yg asik kena maki

pastu umur 44 da jadi janda beranak 5 yang nakal gilaaa baru nak kenal dunia. 

pulak tu setahun lepas tu ayah sumber kekuatan turun sahut jemputan sakaratul maut.

maybe ada kot,,tapi dia xpenah tunjuk..

aku cuba memasukkan kaki kedalam kasut dia..

xmuat..tak mampu nak lalui benda camni.. 

setakat rumah sewa kena pecah pun da gelabah..

sesungguhnya melepak bersama dia adalah 1 nikmat dunia yg xdapat aku dustai

dari situ aku banyak belajar erti hidup.

1) maksud bersyukur yg walau sekecik/ seteruk mana pun kita rasa kena cakap alhamdulillah. contohnye macam kalau org mengumpat kita, xperlu marah2 @ kecik hati. cakap alhamdulillah sebab orang tu tengah transfer saham kat kita. jangan berenti kat situ,, maafkan jugak org tu dengan niat kita mudahkan urusan dia. nanti  xpayah susah2 dia cari kita kat padang masyar. mudahkan urusan orang ni banyak benefit wooo.. inshaAllah.. kalo nak extra mark..balas setiap keburukan orang dengan kebaikan(ops. jujurnye tahap ni aku xmampu lagi..tengah bertatih..). semua baik buruk dia Allah. DIA nak test hati kita macam mana. ehhh ingat nak masuk syurga free2 ke..mesti laa kena ada ujian kemasukan beb.

2) maksud sifir hidup, terkurang disana terlebih kat situ (qada & qadar). contohnye pendek tapi gemok. xpandai kelim kulit karipap tapi pandai perabihkan karipap goreng tanpa membazir. hee. 

3) maksud yg kita kena bergantung penuh kat DIA je. (the power of tawakal) *ayat peberet lepas abes koling2 "keluar rumah jgn lupa doa tawakal" disaat aku tengah belek2 ayam kat mydin (tapi keluar tadi xbaca pon. erk. ok. ok) lepas mintak resepi masak lemak cili api utk kali ke berapa ntah prestasi long term memori aku sangat merudum aher2 ni. dan pulang dengan selamat bersama ayam tersebut. contoh.

4) maksud yang kalau nak suka/cinta kat org xsalah. boleh. yay green lite!! kena berpada2, jgn over limit. semua cinta selain DIA tak long lasting katanya.

5) maksud buat sesuatu benda tu nak apa sebenarnya (niat). kalau nak tunjuk terer, alamatnya esok jugak akan diperbodohkan. tapi kalau niat tu sesuci embun pagi,, susah macam mana pun halangan,,hati tetap tenang. plus boleh lompat hurdles tu dgn jayanya lagi lantas memecahkan rekod rumah sukan dalam kejohanan sukan tahunan sekolah2.

6) maksud yang Tuhan tu saaaangaat laa Adil lagi Maha Tahu lagi Maha Bijaksana lagi Maha Memahami lagi Maha Penyayang. contoh dia ambil org yg kita sayang harini. tapi 10, 20 tahun akan datang dia ganti ngn anak2 yg dengar kata..ehem. contohhh.. (jangan cakap ini semua poyooo..tumbuk kang). apa2 pun,, setiap yg dia bagi tu,,ada timbal balik.

oh! banyak lompong2 jahiliah dalam hati aku selama ni..T_T astaghfirullahal azimmm...

You know you are the number one for me

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh, oh, number one for me
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me




Ya Allah,,tolong hadiahkan dia satu tempat kat syurga nanti. bersama bekas suaminya iaitu ayah dan org2 yg dia sayangi..

Kasihani dia sebagaimana dia mengasihani anak2nya sejak baby lagii..

amiiinn ya rabbal al amiinnn..







No comments:

Post a Comment